Posts

Memori Teguk Extra Joss

Image
Awal2 main gym dulu ada la jugak teguk extra joss atau kukubima sebelum masuk gym..konon kata otai2 bagus sebagai pre-workout.. Tak tahulah hanya pengaruh psikologi atau memang ada kesan kepada strength. Lepas tu bila share kisah kita minum extra joss ni..ada plak la kawan2 kata yang tak elok minum selalu..kang kencing manis la..hati la..adoi macam2 hal..dan takdelah brader stop minum pasal faktor kawan2 cakap tu.. Bila dah agak sado..brader beli la preworkout yang ada kat kedai2..cuma harganya sangat memedihkan hati dan poket..nak buat camana? nak sado memang makan modal.
Image
Siang tadi member baik brader dan bininya ajak makan bawal goreng..kedai yang baru kami discover tu terletak di Kg.Limau Manis, Sg.Merab Kajang..ataupun bagi orang2 baru di KL ni sebut Pinggiran Putra. Kedainya marhaen saja..tapi lauknya masyaallah...PAWER! Brader order set bawal dan keli...2 ekor terus la..apa ada hal..baru RM7 untuk 1 set termasuk air. Masa kat kaunter nak bayar tu..tukang masak tu tanya; "abang main gym ka? berapa lama nak dapat body macam abang agak2? kami ni baru nak start main petang ni" brader: "2 tahun jugak la baru nampak. "2 tahun noo..lama lagi la kami nak sado" brader: takpe..pelan2 angkat pasti tebal..untung la korang keja kedai makan ni..boleh la sebat ikan  kembong banyak2..jangan sampai tokey bangkrap sudah! "Sebelum kami nak pi main ni..ada apa2 petua ka..makanan ka kami kena telan untuk kasi tenaga lebih?" Hoh..makan nasik je dah cukup sebenarnya..tapi kalau nak strength lebih..aku minum MAXBLAST by ...

Mau Sado Sejak Kecil

Image
Aku yakin la..bukannya setahun dua ni korang nak sado kan? bukan juga sebab tengok Aamir Khan dalam filem Ghajini kan? Sebenarnya sejak kecik dulu kita sering disogok dengan imej2 sado melalui kartun2 mat saleh. Antaranya He-Man, Thundercats, Ninja Turtles..semuanya berbodi sado. Masa kecik2 jugak aku selalu melukis kartun2 manusia sado di buku sekolah (bahagian belakang, dengan harapan buku tu takkan habis digunakan sehingga akhir tahun). Thundercats He-Man Begitu kuatnya pengaruh kartun terhadap kanak2..tapi in reality pun begitu, orang yang sado ternyata lebih kuat daripada orang yang tak sado. "Lebih banyak faedah yang diperoleh daripada berbody sado berbanding tak sado" - luah Wak Gym Kg.Pandan.

Apasal Makin Ramai Yang Sado?

Image
Setiap orang pasti kagum dengan body yang sado.. Ya..semua orang. Tipulah kalau ada yang kata; "Aku memang sengaja boroi gini, bini aku suka" "Buat apa sado...konfem GAY" "Ah sado belum tentu kuat..yang kuat tu hah...yang orang main angkat2 tayar besar2tu!" - tulis Usop Johor di laman facebooknya. Itulah kata2 penafian yang diluahkan semata2 untuk menutup kelemahan sendiri. Hakikatnya kalau bukak tv harini..hampir semua hero kat Malaysia ni adalah golongan Brader Gym! Pasal apa? pasal produser mau..pasal apa produser mau? pasal tv mau..pasal apa? pasal masyarakat mau tengok yang sado2. Apsal gambar Zul Arifin je yang ditampal kat sini? Pasal dia la hero Malaysia paling kacak buat masa ni. Industri filem mat saleh dah lama mementingkan body yang lawa bagi hero2 diorang..walaupun takdelah ramai yang show off body dalam filem..tapi kita sendiri tau camana figure diorang kalau bukak baju. lepas tu Bollywood plak sejak hujung2 90a...

Nak Jadik Hulk Hogan!

Image
Salam Cangkuk buat semua brader gym sekalian.. Blog ini ditulis semata-mata untuk berkongsi cerita..ya pasal zaman sekarang orang dah tak layan tulis2 kisah hidup kat diari lagi dah. Kenapa aku jadi brader gym? Itu nanti kita cerita..